Anda perlu jadi seorang pemikir. Anda perlu cari jalan untuk buat aplikasi android sendiri. Ini yang berlaku kepada saya dulu, selepas menjumpai teknik ini. Ia sangat mudah menghasilkan pendapatan. Kerana android apps anda umpama “Bookmark” yang tersimpan didalam telefon pintar pelanggan.

Bila mereka mahukan bekalan produk, hanya touch pada apps anda, dan pesanan boleh dilakukan segera. Itulah lebihnya bila anda mampu buat aplikasi android sendiri. Kalau upah orang, kos dah tentu melampau walaupun ia cuma sebuah aplikasi android yang simple.

Ok banyak bunyi pula saya, sebelum berjumpa kepada teknik sebenar. Hahaa hahahaa. Okey lah rakan pembaca. Saya menggunakan mendapat idea ini melalui banyaknya software untuk convert ke sesuatu format. Contohnya ada aplikasi words to pdf, mp3 to wma dan sebagainya.

Berdasarkan idea inilah saya jadi pemikir, yang saya ada dalam kepala waktu itu adalah web to android. Tetapi laman yang saya jumpa ada Web2APK. Saya lihat ianya lebih simple kerana tidak menggunakan sebarang software. Malah anda tak perlu upload apa – apa kedalam server mereka.

Seperti yang saya nyatakan dalam entry sebelum ini, apa yang penting, blog anda support mobile view. Maksudnya bila diakses dari telefon, interface blog anda automatik resize kepada mobile display. Dan berita baiknya 99% theme wordpress adalah support mobile display. Yang tak support tu biasanya outdated themes.

Jadi apa yang anda kena buat di laman Web2apk ini?

Ya, jawapannya. Anda cuma beri satu blog url, tajuk dan gambar icon. Namun saiz gambar ikon adalah 512px kali 512px.

Ya itu sahaja seperti gambar dibawah.

Web2APK - Klik Untuk Besarkan

Bahagian advance setting ni, anda kena edit juga. Sebab kalau tak edit, setting default ni akan keluar semasa anda download. Jadi boleh ubah kepada ayat anda sendiri, tukar ke BM pun okey melainkan cust anda english speaking cust boleh je set as default.

Web2APK Advanced Setting - Klik Untuk Besarkan

Selepas dah siap isi-isi detail korang disitu, pastu klik la “Create My App“. Dalam beberapa saat je download link korang dah sedia. Kemudian download lah file apk tadi.

Nampak.. Korang dah pun berjaya buat aplikasi android sendiri. Sekarang masanya untuk test ditelefon. Bluetooth atau guna wayar untuk transfer apk file ni dari komputer ke telefon. bersaiz 4 inci, 5 inci, 6 inci, 7 inci, 10 inci.

Ini part yang malas ni, kalau abam ada semua inci2 tu sedaplah nak ngetes. Tujuannya nak kena buat screenshot bagi setiap inci tu. Tapi sebenarnya, korang guna 2 paparan dah cukup.. Katakan satu dari telefon 4.5 inci dan satu dari telefon 5.5 inci, pun boleh.

Setiap saiz tu pulak, mesti ada 1-2 paparan tentang bagaimana rupa apps korang kalau orang view masa sebelum download. Kalau ada banyak screen shot, mesti orang akan cuba download.

Baiklah, itu adalah sambungan dari cara buat aplikasi android sendiri. Entry ini sebenarnya ada sambungan, sambungan dia adalah dengan submit pulak ke Google Playstore. Tapi untuk yang itu kalau abam tak ajar pun korang dah tau cari sendiri. Insyallah akan disambung lagi dalam entry lain. Assalamualaikum. Jangan lupa share idea abam ni..

Ingin Belajar Buat Blog Yang Mampu Jadikan Pendapatan UTAMA?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *