Proses Bina Blog Sebenarnya PERCUMA

Salam.

Anda sendiri telah mengetahui bahawa penggunaan blog wordpress itu adalah percuma. Yang anda kena bayar biasanya adalah nama domain seperti domain asal blog ini iaitu sepencarian.com. Manakala hosting pula adalah tempat semua skrip, gambar dan tulisan ini disimpan.

Hosting ni macam tapak kedai anda dan nama domain adalah alamat kedai anda. Jika anda ada kedai, tapi tiada alamat, susah juga posmen nak hantar barang. Betul tak?

Dalam mencantikkan design kedai anda, tentu sekali anda mahu ianya kelihatan unik dan berbeza dari kedai sebelah menyebelah. Begitu juga dengan blog. Didalam blog wordpress anda boleh akses ke WordPress Theme Library. Anda tidak perlu masuk laman ini, download dan upload theme yang agak sukar dilakukan oleh newbie.

Sebaliknya, hanya login didalam admin panel blog anda, cari menu Appearance dan klik “Add New”. Anda akan dibawa ke Theme Library didalam admin panel anda sendiri. Langkah berikutnya, selepas anda pilih theme yang digemari. Hanya klik “View” untuk lihat preview dan klik “Install”, dan theme ini akan di pasangkan ke blog anda secara percuma dalam masa kurang 1 minit.

Sama juga dengan Plugin iaitu bagi menambah fungsi-fungsi tertentu didalam blog anda. Sebagai contoh Plugin Woocommerce digunakan untuk membolehkan blog anda mempunyai Fungsi Kedai Online. Fungsinya complete termasuk kaedah menerima bayaran dari kredit kad dan paypal. Tidak ketinggalan modul belian secara cod dan cara bank in juga support penggunaan shopping cart dalam plugin kedai online ini.

Plugin ini percuma penggunaannya. Malah terdapat lebih 10,000 plugin yang boleh diakses secara percuma. Sama caranya iaitu dengan klik pada menu “Plugins” dan klik pada “Add New”. Anda akan dibawa ke plugin library untuk buat carian tentang fungsi yang anda ingini. Hanya klik install ia akan terpasang didalam blog anda.

Orang buat laman web jual keta dan jual rumah pun gunakan plugin percuma dalam wordpress. Berbanding enjin blog yang lain atau meminta programmer buatkan laman web ala-ala mudah.my pasti memakan belanja puluhan ribu ringgit. Itu adalah kelebihannya bekerja dengan wordpress atau blog anda sendiri.

Saya biasa pasangkan antara 7 ke 10 jenis plugin mengikut keperluan sesuatu blog itu. Biasanya ada juga plugin berbayar yang saya guna bagi tujuan memperkemaskan design blog. Itupun cuma satu plugin sahaja yang berbayar. Yang lain semuanya percuma. Dan jangan tak tahu, untuk seo juga ada pluginnya. Saya gunakan plugin seo bagi mudahkan setting seo. Maknanya bukan 100% kerja saya buat secara manual. Kebanyakannya menggunakan plugin.

Itu adalah kelebihan menggunakan blog wordpress. Ia ada 99% fungsi percuma. Malah untuk hasilkan sesuatu yang mampu beri pendapatan seperti plugin kedai online pun adalah percuma. Sebab itu wordpress digunakan diseluruh dunia.

Anda Rasa Sekarang Anda Perlukan Blog WordPress?? Dah Makin Faham Tentangnya?

Kerana itu anda wajib ambil kesempatan ini.

Untuk menjadi sebahagian keluarga Google, anda perlulah mempunyai Blog yang dimesrakan menggunakan SEO

Berminat Untuk Belajar Guna Blog Dan SEO Secara Berkesan?

Peluang tingkatkan pendapatan ini, tidak memerlukan modal besar

Semak link dibawah untuk melihat kandungan “PremiumWorld Class Blog Case Study untuk belajar cara buat blog yang mesra seo.