Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Anda Cari Cara Buat Aplikasi Android?

Ini mungkin hari bertuah anda. Kerana apa yang akan saya dedahkan ini adalah teknik newbie sahaja. Namun mempunyai potensi yang cukup baik. Apa yang baiknya? Tentu sahaja jualan berlaku dengan pantas. Kerana anda ada apps ditelefon pelanggan. Jika mereka nak dapatkan produk anda, tak perlu Google dah. Klik saja apps anda dan pesanan dibuat dengan mudah.

Cara yang akan saya ajarkan ini simple dimple sahaja. Tetapi anda masih kena memahami bagaimana untuk “main seo” di Google Playstore. Selain tu benda terpenting adalah anda mengikut semua tos google yang ketat jugak. Kalau masuk under review tu memang ketaqqq..

Oklah tanpa buang masa, perkara yang kita nak kena tahu adalah tentang (GPC) Google Play Console yang merupakan laman tempat kita akan submit android apps kita. Untuk pengetahuan, saya pernah submit beberapa apps dan ada diantaranya yang di remove oleh GPC. Selain itu GPC juga kerap mengupdate terms dan apps yang anda perlu patuh kepada terms mereka. Dan apps anda akan di unpublish bila mana belum “Agree” dengan terms baru. Jadi jika GPC hantar email, jangan buat tak layan. Penting tu.

Kos untuk menyenaraikan Developer Profile atau signup GPC adalah USD25 (kira – kira RM115). Terdapat step yang anda perlu lakukan. Sila semak reference link ini untuk step pendaftaran GPC.

Ok untuk blog anda, biasanya tak perlu buat apa-apa pun. Yang penting sekali, blog anda support mobile view. Kalau guna page builder pun cun juga, anda hanya perlu buat satu landing page yang khas untuk disubmit sebagai frontpage pada apps anda.

Kalau nak advanced sikit, boleh buat pada new wp installation. Kalau baru punya site, maybe ambil masa lah sebab nak membinanya. Tapi pada saya ini beri kita full control untuk setting wp yang baru ni. Katakan yang blog kita konsep magazine iaitu kandungan yang campur – campur. Tentulah kalau anda jual sesuatu produk, ia akan mengganggu tumpuan user yang melayari apps anda.

Jadi saya suggest anda buat sebuah blog baru untuk tujuan ini. Dan apps yang anda nak tampilkan mestilah bersifat menjual. Ia bukan lagi pasal artikel blog how to. Namun jika anda masuk kepada niche – niche tertentu dengan buat affiliate dan CPA pun masih berkesan.

Contohnya anda buat apps senarai debit card yang boleh di apply percuma. Disini lebihnya bila anda guna sebuah wp blog yang baru. Ia boleh gunakan domain free sekali pun, kerana blog anda akan diakses melalui applikasi android.

Kelebihan Bila Anda Tahu Buat Aplikasi Android Sendiri

Satunya dah tentu kos development blog anda zero. Anda kontrol apa yang ingin disampaikan. Namun saya sangat suggest anda gunakan page builder untuk tujuan ini. Bukannya apa, ia nampak lebih tersusun dan nampak anda buat optimize untuk view dari telefon. Namun ada atau tidak page builder, ia bukanlah satu kewajipan. Yang penting blog anda support mobile view.

Saya juga tidak akan sentuh tentang pembinaan “apps” didalam wordpress, ini kerana wordpress is a CMS (Content Management System) yang mana, anda boleh ubah ia kepada apa sahaja jenis website yang anda inginkan. Manakala didalam WP Plugin Library pula ada berlambak plugin yang claim boleh hasilkan apps ni. Cumanya penggunaan plugin, bila developer dah tak update. Itu satu masalah juga.

Saya sebenarnya telah buat sebuah blog wordpress baru bagi tujuan ini. Supaya anda boleh nampak proses sebenar buat perkara ini.

KLIK Untuk Besarkan

Saya gunakan theme percuma dan plugin visual composer page builder untuk buat ia besar mobile view sahaja. Dan saya masukkan beberapa page, untuk ajak mereka beli panduan video cara buat blog seo yang dijual pada harga RM50 sahaja. Bermakna selain mempunyai affiliate, mempunyai blog dan cabaran seo untuk promosi Video SEO ini, saya perlu pelbagaikan medium jualan.

Ok masuk kepada tools untuk nak jadikan blog saya ini sebuah ap, saya sambung dalam artikel kedua. Jom baca tools untuk jadikan blog wordpress sebagai sebuah android app.

Baca Sambungan, Dibawah

One thought on “Cara Buat Aplikasi Android Dengan WordPress”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *