SEO Adalah Kaedah Mesrakan Blog Dengan Search Engine

SEO Adalah Singkatan Dari “Search Engine Optimization” atau dalam Bahasa Melayu adalah Memaksimakan Penggunaan Engin Carian.

SEO digunakan oleh company-company besar untuk berkembang dengan pengguna internet dan pencari maklumat. Penggunaan iklan, dan juga SEO mempunyai hasil yang lebih kurang sama. Iaitu, lebih 90% pelawat tidak membeli pada lawatan pertama mereka. Dan syarikat ini masih bergantung dengan email marketing sebagai kaedah untuk “retarget” baki pelawat yang tidak membeli ini.

Disini terletaknya kelebihan bagi pemain seo kerana, jikalau kami tidak menggunakan email marketing sekali pun dan hanya berharap pada 10% trafik yang membeli. Kami tidak rugi apa-apa kerana “Tiada Kos” yang kami bayar. Kami hanya perlu sediakan artikel atau upah orang hasilkan artikel untuk blog kami.

Artikel ini telah ditarget sepenuhnya untuk “duduk 1st page’ google secara “organic”. Ya ditulis untuk memberitahu tentang perkara yang di cari pelawat.

Katakan saya menulis artikel yang bertajuk:

“5 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal Besar”

Didalam tajuk diatas, ia mempunyai ‘keyword” atau “perkataan yang dicari pelawat”. Keyword yang dicari pelawat yang mahu saya target didalam artikel ini adalah keyword:

“Buat Duit Online Tanpa Modal”

Jika anda lihat pada asas keyword ini, ianya adalah satu carian yang “tidak menguntungkan“, akan tetapi saya masih target keyword ini, dan ditambah perkataan “5 cara” dan “besar“. Penggunaan 5 cara ini lebih menarik perhatian orang ingin membaca. Mereka tidak di hidangkan dengan satu cara sahaja yang berkemungkinan akan meminta duit mereka. Tetapi bila ada 5, bermakna mereka ada pilihan.

Ini adalah perkara yang kita sebut sebagai ‘ilmu copywriting’ yang mana ia mengkaji sifat dan perangai manusia apabila dihidangkan sesuatu. Simple je, katakan anda lalu di jalan dan ada 2 orang penjual menyapa. Mereka nak offer anda makan percuma di kedai masing-masing.

Kedai pertama cuma jual nasi ayam maka dia hidangkan nasi ayam secara percuma. Penjual kedua pula, kedainya ada jual 5 menu iaitu laksa, nasi lemak, nasi ayam, nasi kerabu dan mee kari. Sempena pembukaan kedai baru, mereka beri anda makan 5 menu secara percuma.

Agak – Agak Jika Kena Buat Pilihan, Kedai Mana Yang Anda Nak Masuk?

Inilah yang dimaksudkan dengan copywriting, kita dah tahu apakah respon orang apabila lihat lebih banyak lebih bagus berbanding 1 pilihan sahaja. Ia bantu kita untuk tulis artikel yang bagus dan ada unsur-unsur yang buat orang nak klik sebagai pilihan pertama.

Perkataan besar pula, adalah cara saya target pencari maklumat percuma untuk di tukarkan kepada bakal pembeli. Secara mudahnya, saya cuba masuk kepada pasaran yang suka “perkara percuma’ kepada Hint “Tanpa Modal Besar” pada tajuk artikel.

Akan tetapi, jika anda lihat ada juga keyword lain pada tajuk artikel ini iaitu:

  • Cara Buat Duit Online
  • Cara Buat Duit
  • Buat Duit Online
  • Buat Duit

Disinilah SEO BERFUNGSI.

Dengan apply ciri-ciri SEO yang menunjukkan bahawasanya, saya target keyword “Buat Duit Online Tanpa Modal”, dan bukan 4 keyword diatas. Dan artikel ini akan rank untuk naik 1st page carian Google bagi carian “Buat Duit Online Tanpa Modal”.

Cara Perlaksanaan SEO

SEO ada banyak cabang dan kegunaan. Ada kaedah yang anda tidak perlukan pun. Dan bukan semua kena apply. Saya tunjukkan cara SEO GUNA BLOG sebab blog sangat disukai Google. Sebabnya kandungan blog selalu diupdate dan Google perlukan artikel-artikel anda supaya mereka boleh siarkan berita terbaru tentang sesuatu carian.

Google Pun Perlukan Content Anda

Kerana itu anda wajib ambil kesempatan ini.

Untuk menjadi sebahagian keluarga Google, anda perlulah mempunyai Blog yang dimesrakan menggunakan SEO

Berminat Untuk Belajar Guna Blog Dan SEO Secara Berkesan?

Peluang tingkatkan pendapatan ini, tidak memerlukan modal besar

Semak link dibawah untuk melihat kandungan “PremiumWorld Class Blog Case Study untuk belajar cara buat blog yang mesra seo.